UKHUWAHFILLAH

Showing posts with label The Sahabat™. Show all posts
Showing posts with label The Sahabat™. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

ENTAHLA.. DOWN!


Allahu rabbi..
Hari ini..
Entah mengapa jiwa ini terasa sangat 'down'...
Assigment saban waktu dah mula bertimbun.. dari satu timbunan kepada satu longgokan yang membukit.
daripada longgokan membukit kepada timbunan yang menggunung...
Dan aku masih lagi termangu tanpa bicara... masih terpaku tanpa kata..
Assignment yang menggunung bukanlah sebab utama aku 'down'..
Entah la..

Aku gagahkan kaki keluar bilik.. terperuk di dalam bilik lebih menekan perasaan..
Hujan lebat menyimbah bumi.. sengaja aku redahi dengan harapan mampu meredakan kekalutan di fikiran.

Hujan itu rahmat, Aku membiarkan titisan hujan membasahi setiap ruang tubuhku..
aku tak perlu 'lari' daripada rahmat Allah..
tapi tidak pula aku rasa layak untuk membiarkan kaki yang hina ini memjiak-mijak 'rahmat'Nya..
Entahla...
sehingga saat ini.. aku masih terasa 'down'

The Sahabat™: Masih mencari sebabnya... Wallahu ta'ala a'lam....

The Sahabat™

Tuesday, April 5, 2011

WALAUPUN SEPOTONG

"Ballighu anni walau ayah"
(Sampaikan dariku walau sepotong ayat)

Sekian :)

The Sahabat™ : Jeng..jeng..jeng~ Aku bukan takde idea aa.. kadang-kadang dok aku membebel panjang pun (samaada dalam fb atau blog atau melalui 'siaran langsung') bukannya korang nak amik port pon..btol dak? so hari ni dapat la sepotong hadith untuk korang.. kira ok aa daripada takdak langsung :)

Wednesday, January 19, 2011

HIKAYAT BUKAN DAHULU KALA (FIKIR SEJENAK) SIRI 1

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYPQ1qXtPojlcy5OiIFFt-t1fjE-VYqzwQMXkc2tLNf_CTUId5stYkpy1xZF6C9ZW14yMdJsZTOpZ2LoiKDRh6W1g0t94D5eFsxF8jtYX90y_szZgl0org2g2Cr21U__JIrfg7BURKpC-4/s400/oldmap2.jpg
Tersebutlah kisah bukan dahulukala...

Assalamu'alaikum wbt..
Hawau yu (how are u) ra'ayat-ra'ayat marhaen serta Sang Dewata Raya sekalian??
Sehat wal'afiatkah kalian hari ini?
Harap begitulah hendaknya..

Uwaahh~ sudah lama hamba pacar yang hina ini tidak menukilkan isi hati hamba di dalam teratak usang hamba ini.. cuma yang ada hanyalah warkah-warkah 'copy&paste' yang hamba persembahkan kepada kalian..

Makanya, bersesuaian dengan tajuk entri kali ini, hamba kira molek kiranya hamba mengajak kalian para pembaca untuk berfikir sejenak, 2jenak, 3jenak, dan berjenak-jenak tentang suatu fenomena yang hamba kira semakin rancak di pementasan layar kehidupan ra'ayat-ra'ayat tanah air kita..
Hamba tidak merancang untuk menukilkan bebelan panjang, cuma hamba rasa cukup terpanggil (walaupun hakikatnya tiada sape yang panggil) untuk mengupas fenomena "Bertunang ikut hukum"..

Apa yang hamba nampak fenomena ini makin menjadi..lagi-lagi lepas rata-rata ra'ayat sudah mula faham konsep tunang dalam Islam (dalam bahasa mudahnya apabila sorang teruna menyatakan hasrat untuk memperisterikan seorang dara (janda pon boleh) dan gadis tersebut pun setuju , maka secara hukumnya mereka bertunang) tapi malangnya mereka masih kurang faham dari segi adab semasa bertunang.
Yang hamba perhatikan sekarang ra'ayat mengambil kesempatan daripada "bertunang ikut hukum" ini untuk menghalalkan perhubungan "couple" mereka...
Toksah dok sembang la..bila hamba tanya; "eh, korang couple ye??" jawabnya; "taklah, kitorang bertunang.. ikut hukum..tapi belum ikut adat lagi"...
Ceih!!~ bertunang konon.. sepatutnya jagalah adab tu.. tapi apa yang hamba nampak takde bezanya dengan budaya ber'couple' muda mudi..
Masih bersenda gurau, berdua-duaan, bersayang-sayangan, bergedik-gedikan, ber'i luv u'-'i luv u'an, dan bermacam-macam lagi..
So, camne??
Fikir-fikirkanlah ye... hamba pun dah tak tau depa ni paham ke dak? Ok lah.. janji hamba perlu ditunaikan dengan tidak meleretkan bebelan yang panjang..
Hamba mahu berangkat dahulu..
Yang baik kalian ambil, yang buruk kalian buang..
Fikir-fikirkan..Pesan hamba kepada Sang Dewata Raya serta ra'ayat jelata sekalian..usah biarkan hidup kalian diselububungi.....
maksiat :p

Wallahu a'lam :)

http://www.iklanmudah.net/wp-content/uploads/classipress/19-ebook-pendekar-ke-161481220.jpg
The Sahabat™

10 SEBAB DO'A TAK DIMAKBULKAN

http://rob13y.files.wordpress.com/2010/10/berdoa.jpg
Doa itu "Senjata Mukmin"~


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.



The Sahabat™

Tuesday, January 18, 2011

صلى عليك الله

The Sahabat™ : Assalamu'alaikum!! Waaaa... Rindu banget sama ini blog! haha.. Dah bersarang 'spiderman' dah blog ni.. hehe..

Untuk entri kali ni, aku nak kongsi lirik lagu solla 'alaikallah.. nasyid yang aku dok nyanyi semenjak dua tiga hari ni.. jom! LAYAN~~~


Lyric صلى عليك الله

صلى عليك الله يا عدنان

يا مصطفى يا صفوة الرحمن

الحمد لله الذي أعطاني

هذا الغلام الطيب الأردان



قد ساد فى المهد على الغلمان

أعيذه بالبيت ذي الأركان

حتى أراه بالغ البنيان

أنت الذي سمية في القرآن



أحمد مكتوب على الجنان

صلى عليك الله في الأحيان

أحمده في السر والبرهان

حقا على الإسلام والإيمان



أحمده في السر والبرهان

حقا على الإسلام والإيمان

يا ربنا بالمصطفى العدنان

اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني


The Sahabat™

Monday, October 18, 2010

KISAH ASAL USUL NAFSU

The Sahabat™ : Jeng..jeng..jeng..jom kenali 'nafsu' neh! baru la kita dapat tundukkannya~ Insyaallah :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl2gvE3o4QbRGyeT8L5MfnPMFWnSNdrZW054LVCf5i5U7oaTs4iAJzxvrjwNTYZeiIORDfE2QxTlMpa4TQfDfo8u-a7gM71P76RyKOYn636mg4IQAneej-suy-FoOawYGOekgEEJL7Xrc/s1600/nafsu.bmp

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan Neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam Neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

*lagi tentang nafsu [klik sini]

The Sahabat™

Monday, August 16, 2010

TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang
budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku
kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis
M’aidez yang bermaksud ‘’tolong saya'’. Perkataan Mydin yang tertera
pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak
terkenal Maideen.


Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah
adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja
sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik
kereta bukanlah magnet.


Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.


Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia
berasa lapar.


Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.


Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.

Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya.. :)


The Sahabat™

Friday, August 13, 2010

MENGULAS VIDEO MALAIKAT TURUN KE KA'ABAH - The Sahabat™-

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Memandangkan video ini telah pun tersebar luas, maka aku rasa perlu untuk dijelaskan kepada sahabat skalian tentang kebenaran disebalik video tersebut.

Sebenarnya, pergerakan imej (cahaya) yang dipercayai sebagai malaikat itu merupakan kombinasi antara pergerakan kamera oleh jurugambar dan pantulan cahaya daripada lensa kamera.

Kalau kalian teliti, dalam video tersebut cahaya yang bergerak masuk terus ke lensa adalah pada kadar yang tinggi ( lampu-lampu di sekitar Ka'abah) dan pergerakan 'malaikat' itu seiring dengan pergerakan kamera.

Istilah pantulan cahaya ini lazimnya dikenali sbg 'lens flare'.. perkara ini selalu terjadi kepada jurugambar (pengguna DSLR) yang tak menanggalkan 'filter' pada waktu malam dan jurugambar (video) yang mrakamkan suasana malam gelap yang disertakan dengan lampu yg terang..

(serba sedikit tentang ilmu yang aku tau..kalau ada dari kalangan kalian yg ingin berkongsi atau memperbetulkan apa yg aku sampai, amatlah dialu-alukn..syukran)

Wallahu-a'lam..


The Sahabat™

Wednesday, July 7, 2010

FEEDBACK : AWAS!!! PERHATIAN KEPADA PARA MUSLIMAH

Rujukan : klik sini

Assalamu'alaikumwbt..
Sekian lama menyepi..
Kini aku kembali..
Syukran kepada para pembaca sekalian atas feedback yang diberi berkenaan dengan isu gambar muslimah yang dieksploitasi..
hmm...
Syukran juga kepada kalian yang telah mengemukakan pendapat serta menuntut bukti yang sahih berkenaan isu ini memandangkan isu ini telah pun tersebar meluas..

Aku manusia biasa..
Err..nak cakap apa pun tak tau..dah terkedu..
hmm..
Baiklah.. aku minta maaf kepada kalian yang merasakan aku sedang menyebarkan fitnah..
betul..aku setuju dengan kalian,"dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara"..
Sesungguhnya yang baik itu segalanya datang dari Allah, dan yang buruk dan keji itu datangya daripada kejahilan hamba-Nya yang hina ini..
Ana asif jiddan~
Maafkan aku yang baru nak belajar jadi orang baik-baik :)
seperti maksud pantun klasik ni;

"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan"

Terima kasih yang memberikan semangat kepada insan hina di sisi Tuhan ini untuk meneruskan perjuangan..
Mungkin kepada mereka yang sedang mencari jawapan berkenaan dengan isu gambar muslimah ni, boleh la rujuk kat link ini.
Moga peroleh jawapan yang anda mahukan..

The Sahabat™ : Kalau tak jumpa gak, aku rasa rujukan terbaik adalah sunnah dan al-Quran..aku pasti ada jawapannya sebab aku rasa aku pernah terbaca kot..korang carik ek! dah jumpa rajin-rajin la kongsi :)


The Sahabat™

Saturday, May 29, 2010

KENALI SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH DAN PEMBUKAAN KOTA ISTANBUL

The Sahabat™ : Assalamu'alaikumwbt.. entri yang amat panjang tapi bagi aku kisah ni amat menarik dan sesuai dengan tarikh hari ni, genap 557 tahun peristiwa ni berlalu..tak rugi pun baca entri ni yang tak sampai 10 minit pun kalau baca... kalau korang rasa korang lebih kenal artis-artis kat Malaysia ni mahupun seantero dunia daripada pejuang Islam, aku prefer korang baca.. I repeat; PREFER!! NOT PAKSA~



Pengenalan

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah
sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah
Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti
mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan
sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada
tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.
Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart
sebagai,
“…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah
yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi
ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan
bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.
Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di
kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda
pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah
pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini
di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam
peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua
adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan
keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan
kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H
iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan
gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi
yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan.
Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah
menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan
pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-
Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)
Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan
tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun
Ar-Rasyid tahun 190H.
Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople
diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia)
terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H
/ 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada
tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya
sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan
kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar
Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.
Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk
berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya
ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya
sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan
kekuasaan Empayar Rom.

Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah

Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan
persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar
Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam
untuk menawan Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman
Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu
pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan
Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople
secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui
kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama,
tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah
Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah
memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi
mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu,
beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M.
Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople
terhenti untuk beberapa ketika.
Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan
tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan
kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H /
1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa
usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa
yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine
telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan
saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke
sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih,
sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.
Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau
usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji
tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah
itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan
cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun
855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk
menawan kota berkenaan..
Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian
peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para
ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II,
Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir
Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi
kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak
untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir
Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan
memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau
membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad
dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir
Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu
kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada
diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran
dalam masa yang singkat
Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan
pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada
corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri.
Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur.
Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang
akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah
yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadiperibadi
yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di
persada sejarah..

Asy-Syeikh Ak Semsettin

Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan
murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar
ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya
sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir
Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik
(Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti
Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.
Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad
bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di
dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki
takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi
menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi
merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha
hebat itu memakan masa selama 54 hari.
Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin.
Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad
Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan
Istanbul,
"...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali.
Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan
kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang
mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin."

Persediaan Ke Arah Penawanan

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah
mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan
mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu
besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para
mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan
dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan
Costantinople itu nanti
Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat
Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota
yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia
ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di
selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang
Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal
menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan
kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina
meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam
Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang
terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan
beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan
kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan
perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang
penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu
tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah
perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan
Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine
lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-
Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk
tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.
Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah
mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan
daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon
pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua
gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka
demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju
untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua
aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke
Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja
Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi
hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang
bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks
berkata,
"sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban
para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah
mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang
dianggap khianat.

Serangan

Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek
geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore,
Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang
pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal
daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad
Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26
Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang
menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah
mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan
memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb.
Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith
Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan
kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka
menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran
para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi
keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.
Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan
membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah
kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi
Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan
yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah
dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa
kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine
itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang
mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya
memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai
raksasa yang mengawal pintu masuk.
Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras
menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk
kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya
mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari
pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat
sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat
mereka untuk bertahan.
Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi
rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan
diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk
membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini
memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk
Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan
penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus
dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine
juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.

Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine

Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-
Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk
menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima
kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople
diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika
Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapaapakan
bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang
akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu,
"... serahkan
empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak
akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya.
Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di
Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu
meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".
Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna
disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu.
Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi
serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah
berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di
sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya
untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku
bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.
Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba
merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut
Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan
beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang
lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan
kemusnahan yang berterusan.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara
kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi
berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut
yang sedang berperang. Katanya,
".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu
atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal,
maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".
Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga
ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan,
Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu,
menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga
mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh
melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan
Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu
dan digantikan dengan Hamzah Pasha.
Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada
tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba
untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima
sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah
Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah
oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera
laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas...

Keajaiban Tentera Othmaniyyah

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk
membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak
pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya.
Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka
supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui
jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan
kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke
Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu!
Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia
hingga ke hari ini.
Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir
dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat
membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu
malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat
bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi
menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata,
"Tidaklah
kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-
Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak
gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih
dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"
Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine
tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat.
Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan
pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan
keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan
darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap,
Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke
benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan
sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang
lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota
Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung
Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.
Laungan takbir
"Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang angkasa
Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada
penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat
mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera
Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa
mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan
pertahanan tentera salib itu.
Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari
bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota.
Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak
kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera 'Turki' akan
keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Usaha Damai Terakhir

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir.
Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW,
mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah
tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar
utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara
aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah
berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya
mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan
hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua
lantas menghantar maklum balas dengan katanya,
"... syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran
jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke
akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!".
Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab,
"Baiklah...
tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta
atau keranda...!".
Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai
kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk
meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah
disusun.

Hari Kemenangan

Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah
berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka
membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan
memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera
sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan
tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu
khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA.
"...sesungguhnya apabila Rasulullah
SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi
ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang
(ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata ini telah membakar
semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.
Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara
peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan
membantu mereka...
Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M,
serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya
meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota.
Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi
itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani
menyerbu tentera salib di kota itu.
Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople
melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah
Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa
putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya
supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan
yang amat mengaibkan.
Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam
untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar,
tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya
tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera
Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai
Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih
serta... seisi langit dan bumi. Beliau bertitah,
".. Alhamdulillah, semoga
Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin,
serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku"

Sebaik-baik Ketua Dan Tentera

Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja
sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya
supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil
mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda
Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua
adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah
sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas
kemenangan bersejarah itu.
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi
tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan
jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri
pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih
meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan
toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masingmasing
bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman
mereka.
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja
berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan
dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus
menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan.
Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin
telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama
di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari
itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa
yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan
berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.
Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang
bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara
ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi
yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan
keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah
ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada
tahun 1924M.
Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambargambar
syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu.
Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan
Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara
dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya
seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali
berkumandang di menara Aya Sofya.

Semoga Istanbul kembali ke pangkuan
Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin....

*lagi tentang al-Fateh [link]

The Sahabat™


Sunday, May 23, 2010

KITA BERTANYA, QURAN MENJAWAB

JANGAN MENGELUH~
KITA SELALU BERTANYA DAN AL-QURAN SUDAH PUN MENJAWABNYA :



http://kradenangrobogan.files.wordpress.com/2009/03/alquran1.jpg

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45

"La Taqof Wala Tahzan.. Innallaha ma'ana"


The Sahabat™

Tuesday, May 18, 2010

PENJARA VS HUDUD

Aku keluar dari pintu bilik asramaku..
Aku sarungkan kasut burukku..
Aku melangkah salangkah demi selangkah..
Sampai sahaja ditengah-tengah laman..aku jerit sekuat hati..
AKU MAHUKAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA!!! AKU MAHUKAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA!!! AKU MAHUKAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA!!!
Aku ulang beberapa kali..
Namun tiada siapa menghiraukan..
Walau sekuat mana pun aku jerit..
Kerana...
Aku jerit sekuat hati hanya DALAM HATI je...
Tak mampu nak jerit dengan suara..
kang tak pasal-pasal orang cakap aku gila!
Errr...The Sahabat, ko takut ek orang cakap ko gila sebab ko nak pertahankan Hudud Allah?? Ko takut ke nak pertahankan hudud Allah??
Errr...
Persoalan demi persoalan..aku pun terus meninggalkan laman itu..
Meneruskan niat sebenar petang itu..
berjogging..

Pernah suatu hari dalam kuliah..
Ustaz cakap penjara bukan penyelesai masalah...
Untuk entri kali ni..
Aku nak kongsi dengan korang,
nape penjara bukan penyelesaian..
bukan pengganti hudud (cam kat negara kita la)
BAHKAN PUNCA KEPADA LAHIRNYA PENJENAYAH SERBA BOLEH!

Seminar dalam penjara
Pertama, apabila seseorang ditangkap melakukan jenayah..
Maka penjaralah tempatnya..
Di dalam penjara tu ada ramai lagi banduan-banduan lain dengan pelbagai kesalahan..
Ada yang ditangkap akibat mencuri..
Ada yang ditangkap akibat membunuh..
merogol..
merompak...
menagih, mengedar dadah..
jual pompuan..
dan sebagainya~
Maka, dengan kemahiran mereka ni yang pelbagai,
dikumpulkan di bawah satu 'universiti' (*penjara)
Maka, masing-masing pun berkongsi pengalaman..
bertukar-tukar buah fikiran...
seorang perogol bertukar fikiran dengan perompak..
seorang perompak bertukar fikiran dengan pembunuh..
seorang pembunuh bertukar fikiran dengan pengedar dadah..
Maka 'ilmu-ilmu' ini pun berkembang biak..
Puncanya??
'Seminar dalam penjara'..
Dan sekarang para graduan lepasan 'universiti penjara' ini sudah menjadi penjenayah serba boleh..versatil beb!

Penjara Oh Penjara
Sape kata hukum hudud susah nak dilaksanakan??Angkat tangan!
Ok, yang angkat tangan tu gi amik pisau pastu potong tangan tu..
Takyah ade tangan kalau tak reti nak laksanakan hukum Allah!
Sape kata penjara lagi bagus daripada hudud Allah??Angkat kaki!
Ok, yang angkat kaki tu gi amik pisau pastu potong kaki tu..
Takyah ade kaki kalau tak reti nak tegakkan hukum Allah!

Penjara dengan hukum Allah mana lagi susah??
Penjara nak kena bina.. pakai duit! (*duit sape agaknya??)
Penjara nak kena bagi makan banduan! (*duit sape agaknya?)
So,
Tepuk dada tanya taqwa (*jangan tanya selera, kalau tanya selera ikut nafsu namanya!)

http://us.detiknews.com/images/content/2009/12/11/10/Penjara2dalam.jpg

The Sahabat™ : Aku stori kat korang dari pandangan mata aku..aku bukan nak kata semua yang masuk penjara tu jahat. aku nak cakap yang hudud dengan penjara; yang mana satu yang membendung masalah jenayah!

The Sahabat™

Friday, May 14, 2010

PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN - The Sahabat™-

SABTU | 8 Mei 2010 :
Azan 'Asar berkumandang..
Aku yang baru sahaja selesai membersihkan diri bergegas menyiapkan diri..

Jam menunjukkan pukul 5 petang tatkala aku selesai menunaikan solat 'Asar..
"Huhu..nampak gayanya lewatlah aku sampai stadium tu nanti.."
(--")
Perjalanan ke Stadium Melawati dari rumah aku mengambil masa hampir setengah jam..ni belum 'campur tolak' jalan jem lagi..wuhuu~

Hari agak suram..
Mendung..
Ditambah pulak dengan keadaan aku yang ala-ala 'lone ranger'..
Orang lain pergi dengan keluarga.. dengan sahabat sekampus..
Aku???
Huhu...
(*nak sangat rahsiakan identiti 'The Sahabat'..itulah habuannya) (--")

5:30 petang (lebih kurang)
Tiba di kawasan sekitar stadium...
Kelibat manusia-manusia yang ber'mafla' dah mula kelihatan..
Ada yang dah mula memasuki stadium, dan ada pula yang masih membeli barangan sebagai tanda kenang-kenangan di tempat letak kereta..

Dari luar stadium
sayup-sayup kedengaran laungan semangat anak-anak muda dalam stadium
"Dah start!!" Aku bergegas masuk ke stadium..Terus ke depan pentas..
Di atas pentas, Shoutlul Harokah sedang mendendangkan nasyid.
Disusuli dengan laungan takbir beberapa kali..
Aku tak tau bape banyak nasyid yang aku dah terlepas.. dikatakan persembahan bermula jam 5 petang..huhuhuu...

"Semangat betul anak-anak muda nih!"
Ada yang melompat-lompat..(err..terkinja-kinja sesuai kot..errr... tak tau istilah ape yg sesuai)
Bisik hatiku kepada aku sendiri..
Di belakangku, ada la barisan-barisan muslimat yang turut bersemangat..
Tak tau pulak aku kot-kot dorang pun terlompat-lompat gak..
Tak kot..
takkan la dorang nak wat camtu..semuanya tudung labuh dan ade yang berpurdah..
mestila sopan~
(*takde kerja la nak pandang belakang nak tengok dorang melompat-lompat ke tak)
Jam menunjukkan hampir pukul 7 petang..err..7 malam (lebih kurang)
Persembahan stop jap.. Ready nak solat maghrib..

Aku tiba-tiba rasa tak sihat..
Seram sejuk satu badan...
kepala mula pusing-pusing...
mata dah berpinar-pinar..
Aku keluar daripada stadium untuk menghirup udara segar sebentar sebelum masuk semula untuk berjemaah maghrib..
Dari jauh kelihatan kibaran bendera Palestin berarak memasuki ruang stadium..
Katanya mereka yang bawa bendera tu merupakan saudara kita dari Tanah Palestin yang tercinta...

Azan berkumandang..
Jemaah berpusu-pusu ke tandas.. BUKAN nak 'termenung' di dalamnya tetapi nak amik wudhu'..
Aku batalkan hasrat aku untuk memperbaharui wudhu' sebab sesak betul dalam tandas tu..
Macam gaya orang beratur nak beli tiket bas untuk balik kampung daa~
"Wudhu' waktu 'Asar tadi ade lagi..takpelah camtu..takyah amik la..kang tak sempat.."

Selesai solat maghrib..
Aku masih lagi rasa tak sihat..
Keluar stadium dan cari apa yang boleh di makan.. Ramai gak orang kat gerai-gerai di tapak letak kereta tu.. Opp!! lupa...waktu makan la katakan..

Selesai makan aku masuk semula..
Kepala aku semakin sakit..tapi aku tahan dan endahkan sahaja..
Stadium semakin dibanjiri dengan umat-umat manusia yang menyokong kekejaman ke atas Palestin dihentikan..
Diteruskan lagi dengan ucapan-ucapan sape ntah..
Aku tak dapat fokus...jasad sahaja di situ, fikiran aku sedang menahan rasa sakit ini..

9:30 malam
Aku mengambil keputusan untuk pulang..
Kesihatan tak mengizinkan..
Rasa hampir mau tumbang..

Dengar cerita event hari tu abis pukul 12 tengah malam..

Ade banyak persembahan yang tak sempat aku tonton..

Raihan pun ade kalau tak silap..


The Sahabat™ : Maaf kepada pembaca sekalian..aku tak dapat nak sajikan cerita yang best untuk Lifeline 4 Gaza untuk kali ni.. Gambar pun aku tak dapat nak tunjukkan..


The Sahabat™

JAGA TEPI KAIN ORANG LA KAWAN

The Sahabat™ : Aku kutip sini da.. [link]
Kawan,
sila jagakan kain ku
kerana kadang koyaknya dibelakang,
aku
tidak perasan,
dan terus terlena.
lalu aku mendapat keaiban.

Jagakanlah
tepi kain ku,
tolong bagi tahu aku,
agar aku tidak mendapat malu

Jagakan
kain ku kawan,
tolong jahitkan jika kau mahu,
atau tutupkan jika
ia tersingkap,
atau tercalit najis.
Jangan sampai terserlah
hijabku.

Jagakanla...h tepi kain ku kawan.
Tapi bukan untuk kau
ketawakan,
atau wawarkan di khalayak
kerana terburai segala
kecacatanku.

Jagalah tepi kainku kawan,
jika ia tersangkut
duri,
tolong leraikan,
jika tidak aku akan jatuh tersungkur,
di
kawasan berduri dan berbatu.
Luka dan berdarah meninggalkan parut.

Kawanku,
dihadapan,dibelakang,di
kiri dan kanan,
ayuh,pandanglah kain ku

Bersama-samalah jaga
tepi kainku,
dan aku jaga tepi kainmu,
dan saling memberitahu
agar
kita semua tertutup malu
agar kita tidak lena
disepanjang
perjalanan yang sementara ini,
untuk bersama-sama
meraih bahagia
di ALAM SANA.


“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10).

“Bila
salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka
hendaknya (yang diminta) memberi nasihat”. (HR Bukhari)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjziHALvozB9RYbas2nJScchnujxPn2NQvCCozWt8jOYPdyrAqqm2tfTbejgsuHJFTSWvI0M_8cF8BJLugfbaxVgpCMv8EZoZudzjaFsMtL7QVoeLbIuEAwBhRmM9a0_VkSCSLSUjSoqnMR/s400/OrangPutih06_small.jpg


The Sahabat™



Wednesday, May 12, 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya;
1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3)Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia ... See More

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya;
1)Jujur dalam berkata-kata
2)Menjauhi segala yang haram
3)Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya;
1)Takut berlaku dusta dan keji
2)Menjauhi kejahatan
3)Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya;
1)Merahsiakan ibadahnya
2)Merahsiakan sedekahnya
3)Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya;
1)Mengawasi dirinya
2)Menghisab dirinya
3)Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

The Sahabat™

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..