UKHUWAHFILLAH

Monday, April 26, 2010

UJIAN ALLAH KEPADAKU

Hari berlalu seperti biasa..
Sedang asyik menambahkan ilmu melalui ruangan maya..
Dua ekor cicak kelihatan sedang berkejar-kejaran di dinding bilikku..
"Wah! Cicak juga tahu berpacaran!
Ha ha ha...
Dah makin berani ye cicak ni tunjuk muka.."
Terus aku terbayang gelagat anak-anak muda kini yang tak ubah seperti cicak yang aku lihat tadi..
hu hu hu..
(tadi ha ha ha..sekarang hu hu hu pulak)

Azan maghrib berkumandang..
Selangkah demi selangkah aku gagahkan kakiku melangkah..
menuju ke masjid..
Hari ni ade kuliah maghrib..perut pula 'bernasyid sumbang'..
hu hu hu..
Takpe.. takpe.. bukannya lapar sangat pun..
kuliah ni lagi penting.. dengar kuliah dapat ilmu boleh sebarkan, pastu bukannya takleh makan lepas tu..boleh je..
kalau aku makan plak, rugila.. dapat kenyang je.. ilmu hari ni terlepas..

Alhamdulillah...
selesai maghrib dan isya' berjamaah.. Aku singgah ke cafe sebentar..
Nak dijadikan cerita.. bertemulah aku dengan seorang muslimah ni..
Selalu juga terserempak dengannya..
"Subhanallah..cantik..."
aku ter'curi' pandang..(boleh pulak tak sengaja)
"Tanak pandang..tanak pandang..
Ya Allah.. kuatkanlah imanku dan jauhkanlah aku daripada didatangi perasaan-perasaan yang boleh menggoyahkan iman ku yang lemah ini ya Allah..bantulah aku ya Allah.."


....

Arh!
Dah! Dah!
Toksah dok pikiaq lagi..
Teruskan berjuang!! Ni semua ujian Allah!
Hadapi dengan senyuman...
Tabahkan hati..



The Sahabat™ : Aku juga insan biasa..baru nak belajar jadi baik..ni ada bahan bacaan cadangan [link]...sedikit-sebanyak ada kaitan dengan ape yang aku nak sampaikan daripada kisah aku ni..baca, jangan tak baca! :)


The Sahabat™




2 comments:

  1. biasa...kena uji macam ni...semoga kita laki
    tabah2

    ReplyDelete
  2. semoga diberi ketabahan untuk teruskan hidup..jauh lagi nak berjalan..semoga adik-adik semua berjaya dlm hidup dunia n akhirat..
    ingat pesan ummi n abah...

    ReplyDelete

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..