UKHUWAHFILLAH

Monday, April 26, 2010

HARAM EPISOD 1

The Sahabat™ : Assalamu'alaikum..Terima kasih Zawani Cerdas untuk idea post kali ni..Kalau aku sebut perkataan di bawah ni, apa korang pikir?
Mari sahabat-sahabat sekalian.. kita open mukadimah dengan belajar mengeja..

ba alif ba ya
BABI!


Ha ha ha...
Oit! Apsal sebut menatang HARAM ni??

Haaa....
Tau pun haram..

Tapi kan....
Sedarkah kita?
Bagi yang ber'couple', korang dok berpegang-pegangan tangan, berdua-duaan, seiring sejalan, semotor seboncengan itu juga adalah HARAM??

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


The Sahabat™ : ha ha ha... tergelak aku nengok gambo nih!
(sila klik gambar tu for a better view)


Haaa....
Bukan tu je...
Sedarkah kita?
Bagi yang berkerja, korang dok curi tulang dan makan gaji buta itu juga adalah HARAM??
Bagi yang berkuasa, korang dok makan rasuah itu juga adalah HARAM??
Bagi makcik-makcik, korang dok bertenggek di depan pintu jiran sambil membuka cerita fitnah, mengata, dan membuka aib saudara sendiri itu juga adalah HARAM??
Bagi lelaki-lelaki dan pemuda-pemudi, korang dok tengok aurat wanita bukan muhrim itu juga adalah HARAM??(tengok video lucah apatah lagi)

Huishh!!
Ingat.. Takyah dok nengok babi jauh dalam hutan tu haram..nengok diri sendiri ni haa..takyah pegang babi pun boleh buat mende-mene haram..

Aku tutup cerita ba alif ba ya hari ni dengan firman Allah dalam Surah Zumar (ayat 9) supaya kita sama-sama pikiaq na..
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".


sama-sama kita fikirkan wahai saudaraku



p/s : JANGAN TERINGIN NAK BELA WALAUPUN ANDA FIKIR MENATANG NI KIUT! :p


The Sahabat™

No comments:

Post a Comment

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..