UKHUWAHFILLAH

Tuesday, April 13, 2010

7 KALIMAH YANG LEBIH BERNILAI DARIPADA EMAS DAN PERAK

The Sahabat™ : Siang tadi imithan.. Semalam dakwat habis.. hari ni pun habis gak..(*wah..konon-konon hebat la tuh..tulih banyok sangat sampai habis ink)..

[imtihan-1[1].gif]

Kuliah Maghrib tadi aku tak bawak pen..
Maka terkial-kial lah aku mencatat ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis dengan menggunakan kunci bilik...kuang3x...
Takpa...orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? kan?
Nak seribu dinar, tak nak seribu bala (aku reka sendiri)..
Ye dak?? hehe...

Oleh itu, (ayat skema)...
Aku amat berharap kita semua hayati kisah yang aku cuba sampaikan ni..
Dan amatlah dialu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyebarkan ilmu ini kepada orang lain..
Moga kita diberkati Allah...
InsyaAllah...

* * * * *

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Seorang 'arab badwi menemui baginda Rasulullah s.a.w lalu ia berkata,

"Wahai Rasulullah! Ajarkanlah aku suatu amalan yang baik."

Maka Nabi s.a.w meraih tangannya seraya berkata,

"Ucapkanlah Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akhbar (Maha suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar)"

Lantas arab badwi tu pun mengira jari-jemarinya dan berlalu pergi sambil berfikir. kemudian dia kembali lagi. Nabi s.a.w tersenyum melihatnya, baginda berkata,

"Si miskin ini berfikir."

Arab badwi tersebut datang semula lalu berkata,

"Wahai Rasulullah, Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akhbar..ini untuk Allah. Habis tu, untuk aku apa?

Nabi s.a.w berkata kepadanya,

"Wahai arab badwi..
Apabila engkau mengucapkan Subhanallah.. Allah akan berkata, "Engkau benar"
Apabila engkau mengucapkan Walhamdulillah.. Allah akan berkata, "Engkau benar"
Apabila engkau mengucapkan La ilaaha illallah.. Allah akan berkata, "Engkau benar"
Apabila engkau mengucapkan Allahuakhabar.. Allah akan berkata, "Engkau benar"

Apabila engkau mengucapkan Allahumma ghfirli (Ya Allah, ampunilah aku).. Allah akan berkata, "Aku telah lakukan"
Apabila engkau mengucapkan Allahumma rhamni (Ya Allah, kasihanilah aku).. Allah akan berkata, "Aku telah lakukan"
Apabila engkau mengucapkan Allahumma rzuqni (Ya Allah, berilah aku rezeki).. Allah akan berkata, "Aku telah lakukan"..

Lalu orang arab badwi itu menghitung dengan tujuh jarinya kemudian ia pergi meninggalkan Nabi s.a.w.
(As-Silsilah Asshohihah 9/no 3336)

* * * * *

Empat kalimah apabila kita ucapkan Allah akan mengatakan 'Engkau Benar' dan tiga permohonan jika kita ucapkan akan dikabulkan..

Jadi, jangan disia-siakan wahai saudaraku
ungkapan yang ringan diucap tetapi besar disisi Allah dan agung faedahnya..
Jangan biarkan satu hari pun kalimah ini tidak terucap dari bibir dan hatimu..
Wallahualam bissowab~


The Sahabat™


No comments:

Post a Comment

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..