UKHUWAHFILLAH

Tuesday, May 4, 2010

TAPI SAYANG...SERIBU KALI SAYANG

The Sahabat™ : Sekadar tulisan ringkas untuk difikir-fikirkan..taklah mantopp mana pun..harap kalau ada pengisian korang boleh la amik..kalau tak..suka hati korang la..


http://2.bp.blogspot.com/_1V7wnZxPqok/RvdTMORMZ4I/AAAAAAAAG4s/DPJr1OsVyP0/s400/cartoon+bear_bull+paper+money.jpg
Anda kuat?? Boleh angkat bebanan dua kali lebih berat daripada berat anda??

Stamina anda tinggi?? Boleh berjogging 20 minit non-stop??

Kereta anda laju?? Boleh bawak dari Siam ke JB kurang daripada dua jam??

Duit anda banyak?? Boleh beli hadiah mahal-mahal kat awek anda setiap kali ber'dating'??

Baju anda mahal?? Butang baju anda sahaja pun sama harga dengan emas 16 karat??

Dahi anda licin?? Sebijik jerawat pun takdak??

Suara anda lunak?? Sekali menyanyi semua orang tertawan??

Cinta anda kepada awek anda adalah sejati?? Lautan api sanggup direnangi??

Anda a good listener?? Masalah rakan sanggup didengari??





TAPI SAYANG...

Anda memang kuat..
sayang seribu kali sayang..
selimut yang tak sampai sekilo pun tak larat nak angkat ketika azan subuh berkumandang..

Stamina anda memang tinggi..
sayang seribu kali sayang..
solat lima waktu yang tak sampai sejam bagi setiap waktu pun anda tak larat nak tunaikan..
Masjid dan surau yang tak sampai dua batu pun tak larat nak jalan..

http://s.bebo.com/app-image/7935496438/5411656627/PROFILE/i.quizzaz.com/img/q/u/08/05/17/porsche_carrera_cartoon_car_1.jpg
Kereta anda memang laju..
sayang seribu kali sayang..
selaju-laju kereta anda tu, masjid tak penah sampai..

Duit anda memang banyak..boleh bagi hadiah mahal-mahal kat awek setiap kali dating..(dating haram!)
sayang seribu kali sayang
Duit anda yang banyak tu singgit pun tak penah singgah kat tabung masjid..
Lagi banyak melabur untuk dunia yang nak ditinggalkan daripada melabur untuk akhirat yang nak dituju..

Baju anda memang mahal..
sayang seribu kali sayang..
Gi sembahyang pakai baju selekeh-selekeh je.. baju mahal-mahal pakai time majlis-majlis keraian..

Dahi anda memang licin..
sayang seribu kali sayang..
Dahi tersebut tak mampu nak menyentuh sejadah.. sejadah tu bukannya tajam sangat sampai boleh luka tiap kali sujud..huhu..

Suara anda memang lunak..
sayang seribu kali sayang..
Baca quran jarang sekali..
Lagi banyak menyanyi daripada mengaji..

Cinta anda terhadap awek anda memang sejati...
sayang seribu kali sayang..
Anda abaikan cinta agung anda terhadap Allah..
Nanti kat akhirat nanti renangilah lautan api tu ek..

Anda memang a good listener..
sayang seribu kali sayang..
Lebih suka dengar fitnah dan umpatan daripada nasihat
http://3.bp.blogspot.com/_rM00NBKy-FY/S3tKqCXV-xI/AAAAAAAAAIs/SjV_DK9KnKo/s320/mengumpat.jpg


The Sahabat™

2 comments:

  1. "Baju anda memang mahal..
    sayang seribu kali sayang..
    Gi sembahyang pakai baju selekeh-selekeh je.. baju mahal-mahal pakai time majlis-majlis keraian.."

    ni ade terasa sikit...pakai yg bersih ek?

    ReplyDelete
  2. ubay said :"ni ade terasa sikit...pakai yg bersih ek? "

    The Sahabat said:
    :)
    nak mngadap Pencipta kita takkan nak pakai baju kotor kot?

    ReplyDelete

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..