UKHUWAHFILLAH

Saturday, April 10, 2010

BINATANG YANG BOLEH DIBUNUH

The Sahabat : Assalamu'alaikumwbt...sekadar ingin berkongsi..moga peroleh manfaat..insyaAllah~

Hadith: Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:” Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang." (Muslim)


Huraian:
Pada hakikatnya Islam mengajar umatnya untuk menyayangi binatang bagi kelangsungan hidupnya sekalipun kita diberikan kuasa untuk menguasai mereka (membunuh mereka dengan tujuan yang baik). Islam juga melarang kita bertindak menyalahgunakan kuasa dengan menganiayai binatang dan memperlakukan mereka sesuka hati. Seharusnya selaku orang-orang yang beriman kita hendaklah memanfaatkan segala sesuatu menurut cara yang dibenarkan oleh agama kerana segala yang tinggal di muka bumi ini diciptakan untuk kemudahan kita dan menjadi kewajiban kita untuk menjaga segala sesuatu itu daripada kerosakan, memanfaatkannya dengan tetap menjaga martabatnya sebagai makhluk Tuhan, melindunginya agar tidak pupus yang dengan demikian barulah menandakan bahawa kita mensyukuri nikmat Allah dalam bentuk perbuatan yang nyata.

http://loechieana.files.wordpress.com/2009/12/tikus.jpg
errr..buh gambaq tikuih ja..nak buh gambaq len segham semacam ja binatang tu..ulaq, anjing gila..eeee.. :p

Islam Itu Indah ™


No comments:

Post a Comment

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..