UKHUWAHFILLAH

Sunday, April 11, 2010

TIPS BANGUN PAGI

Assalamu'alaikumwbt~
Aku nak kongsi dengan kalian semua cmne nak dapatkan bangun pagi yang sihat :)
Kenapa pentingnya pagi yang sihat?
Haaa....
Bila starting dah ok, barulah boleh jadikan seluruh hari berjalan dengan lancar dan sihat sepanjang masa.
Bila seluruh hari dah lancar dan sihat sepanjang masa...baru lah boleh jadi seorang pemuda Islam yang sihat..
Sesesungguhnya pemuda yang sihat disukai Allah ;)

Haaa...(dua kali dah "haaa")
Post kali ni aku dapat daripada sebuah blog lain dan aku dah ubah suai mengikut kesesuaian pembaca tempatan..hehehe..
So, anda dah sedia untuk bangun pagi??
Aku start ek?!
BACALAH~

* * * * * * * * * * *
diubahsuai daripada : Terselubung


berfikirlah

Sebenarnya..
setiap orang boleh bangun pagi..
Sebab..
Kita semua pernah sekolah pagi kan?
Kena sampai sekolah sebelum pukul 7 pagi..
Kalau lambat pengawas amik nama! Pastu kena denda..
Tapi..bila dah masuk universiti...kelas pukul 10 pun boleh datang lewat...huhuu...

Camne nak atasi ek masalah ni?
Hmm...
Setiap masalah ada penyelesaiannya..Mungkin agak sukar untuk dipraktikkan pada peringkat awal..tapi demi kebaikan diri...
apa salahnya berkorban sikit mood pemalas kita yang suka tidur tu kan...
Tidur yang berkualiti sebenarnya bukanlah tidur yang banyak..
Lepas makan tidur..
Lepas Subuh tidur..
Adoyyaii~
Tidur yang berkualiti adalah apabila badan perlukan sedikit rehat setelah penat bekerja seharian..

Tidur yang banyak bahaya gak sebenarnya..
Boleh menyebabkan beberapa fungsi badan gagal berfungsi...
So..nanti lahirlah masyarakat kita yang malas, lembab, bebal..dan sebagainya..

So, berikut merupakan langkah-langkah untuk dapatkan bangun pagi yang sihat;


1.Regangan
Lakukan perlahan-lahan dengan menggerakkan tubuh ke kiri dan ke kanan..Gerakan ini membantu tubuh mengumpulkan semula tenaga yang hilang semasa tidur dan membuatkan fikiran kita lebih terfokus kembali..
Rasa melayang yang kerap terjadi akibat bangun terlalu pagi pun akan beransur hilang..

2. Bergerak
Lepas lulus step pertama..haaa...cuba bangun dari katil dan gerak-gerakkan badan anda..
cam lompat-lompat sikit ke..pumping...sit-up..
kasi darah jalan satu badan la~


3. Hindari kafein
Kafein memang la buatkan kita boleh stay up sepanjang malam..tapi kalau berlebih-lebih, kesannya akan kita rasai bila kafein tu hilang..dan badan akan jadi tersangat penat..
So, kalau nak amik kopi tu..jangan lebih daripada dua cawan...
Mai..secawan~

4. Minum
Mulakan pagi anda dengan meminum air kosong sebelum perut tu di isi dengan benda lain
Time tidur, tubuh akan menggunakan air yang tersimpan dalam badan kita..
So, kita akan kehilangan air bila bangun..
Minum air ni penting untuk menyegarkan semula tubuh dan melancarkan sistem saraf dan sistem pencernaan kita..pendek kata..
semua sistem lah...

5. Jadual Tidur?
Buat satu jadual harian..pastu tetapkan waktu tidur..
Time tidur silalah tidur..
Jadual tidur dan bangun yang konsisten dan sama setiap hari akan menyebabkan
tubuh lebih mudah bangun..dan anda akan rasa lebih 'power' setiap hari...hehehe...


http://www.clipartheaven.com/clipart/business_&_office/cartoons_(n_-_z)/wake_up!.gif

6. Pilih 'alarm' dengan bunyi yang lembut
Semua orang tak suka kalau kita tengah syok tidur tiba-tiba ade orang pekik tepi telinga..
So, set kan bunyi alarm yang lembut (jangan lembut sangat sampai tak leh nak dengar)
Pastu..letak 'alarm' tu jauh sikit daripada anda..sebab nanti nak matikan alarm tu kena bangun dan jalan jauh sikit..baru darah tu jalan..

7. Redupkan cahaya
Matikan televisyen atau komputer satu jam sebelum tidur..
Cahaya yang terang akan mengganggu otak untuk berehat..




http://yasrifananda.files.wordpress.com/2010/02/mandi-junub.jpg

8. Segera mandi
Tahukah anda?
Segera mandi amat sukar tetapi inilah kunci bangun pagi..
Walaupun anda dalam keadaan mengantuk tahap dewa sekalipun, bila anda mandi secara automatiknya tubuh anda akan 'bangun'..
Mandi dapat membangunkan sistem saraf sedang 'tidur'~

9. Sarapan
Setelah 'berpuasa' lebih sepanjang malam..tubuh perlukan tenaga untuk bergerak.
Sarapan pagi (walaupun sekeping roti atau sepotong buah) akan membuatkan anda rasa lebih bersedia untuk meneruskan aktiviti harian anda :)

10. Bernafas dalam-dalam
Sesetengah orang..bangun pagi merupakan saat paling mencemaskan..
Masalah di pejabat..
Masalah rumahtangga..
Masalah assignments tak siap..
Masalah jap lagi exam tapi belum study...
huhuhu...
So..
Amik masa dengan bernafas dalam-dalam..
Wujudkan suasana yang tenang semasa pagi anda..
(dengar zikir ke..ayat-ayat suci al-Quran ke..)
Bila suasana jadi tenang..semua masalah dapat diatasi dan mood pada hari tersebut akan menjadi baik ;)

"BANGUN PAGI MENJAMIN TUBUH YANG SIHAT
PEMUDA SIHAT DISAYANGI ALLAH!"

http://1.bp.blogspot.com/_1A5a6JG2h90/Sr39_1VyUII/AAAAAAAAAC0/zmiUKMSvOHI/s320/kartun.jpg
The Sahabat™

4 comments:

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..