UKHUWAHFILLAH

Tuesday, May 11, 2010

INI SATU CERITA~

The Sahabat™ : Assalamu'alaikum semua..entri kali ni telah dicedok bulat-bulat daripada blog seorang sahabat[link]..syukran diucapkan kepada beliau..menarik..hahaaaa :)


Al-Kisah~

Ini satu cerita..
Sebuah negara yang berdaulat merdeka kononnya..
Telah diberi nama... errr.... (*tanak cakap! korang pikir sendiri :p)
Dipimpin oleh 'Pak Bijan' dan kuncu-kuncunya..

Pak Bijan ni konon-konon hebat..
Kehebatan beliau..
Beliau mahir dalam menghasilkan mejik-mejik yang diluar kebiasaan..
Kalau ahli silap mata biasa boleh pisahkan badan manusia kepada dua bahagian, beliau lagi hebat!
Beliau boleh 'pisahkan' badan manusia kepada serpihan-serpihan sehingga sukar dikesan..
Kalau ahli silap mata biasa boleh hilangkan burung dalam genggaman dalam sekelip mata, beliau lagi hebat!
Beliau boleh 'hilangkan' enjin jet yang takde dalam tangan beliau dalam sekelip mata!
Hebbbaatt bukan?? (*sambil menunjukkan ibu jari)

Errmm...Tak cukup hebat??
Nanti dulu~
Ada lagi!!
Apa yang paling hebat dalam diri beliau adalah..
Beliau ni sungguh berani mencabar syariat Tuhan..
Tuhan kata;
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),” (QS. Al Anfaal, 8:20)
Tapi beliau kata;
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”.(20 April 1993)
Wohoo!!~(*tukujut!!)
Allah dah habaq kat kita dalam quran (surah al-Maidah ayat 90)
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung."
Nabi s.a.w pun dah habaq mai kat kita;
“Berpeganglah kamu sekelian dengan Kitab Allah, halalkanlah apa yang telah dihalalkan dan haramkanlah apa yang telah diharamkan.”(H.R. Abu Daud, sahih)
Tapi 'Pak bijan' dengan kuncu-kuncunya ni dah terlampau hebat!
Depa buat hukum pulak dah!
Depa boleh plak nak buat JUDI BERLESEN..
Hahaha.. judi yang halal la konon tuh!

Jap.. jap..
Aku lupa nak habaq kat hangpa..
Menurut sumber-sumber yang buleh dipercayai, negara yang Pak Bijan perintah ni adalah negara Islam..
Sebab ada barisan ahli agama bertauliah puak kerajaan :)
Waaa.. Ini sudah bagoss!!
Err...tapi kan barisan ahli agama bertauliah puak kerajaan ni..
Tak pernah aku dengaq depa bersuara tatkala hukum Allah dihina..

Nabi s.a.w pun ada bersabda;
"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)
". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).



Diam itu dikira syaitan bisu dah, apatah lagi bersuara untuk menafikan apa yang wajib
(Ustaz Azhar Idrus)

Bisu itu lebih baik daripada membisu..
(Aku)

CAKAP! CAKAP!! CAKAAAPPP!!!
(Tuan Director Ahmad Nisfu)


Jeng..jeng..jeng.. (muzik effect citer klasik)
Sebenarnya ade banyak lagi cerita Pak Bijan dan kuncu-kuncunya..
Tapi kalau aku banyak cerita, dah lari tajuk sebab tajuk post kali ni ialah "Ini Satu Cerita"..
Wahaaa!!~

* * * * * * * * * * * * *


Sekadar Gambar Hiasan..
ye ke hiasan?? :)

Ini kisah dongeng.. takde kena-ngena dengan yang hidup atau yang dah meninggal..tak gitu Tuan Director?? (erkk?? ye ke??)


No comments:

Post a Comment

HAMBA ALLAH

My photo
Malaysia
Tentang aku? Hanya Allah sahaja mengetahui sepenuhnya tentang siapakah diri hamba-Nya ini yang sebenarnya..